Wanita disaman, melanggar undang-undang pemutus litar

Author

Categories

Array

Share

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-2020-10-14-at-6.16.28-PM.png
omblo Wind Blow
14/10/20
“Tiup kuat-kuat”

Tuan Siti Aishah Tuan Ab Rahman pada awalnya melanggar peraturan covid semasa pemutus litar yang berlaku awal tahun ini dengan berkumpul bersama rakan-rakannya di kolong bloknya. Walaupun dia mengaku pada mahkamah bahawa dia sedar akan undang-undang baru yang dikenakan, dia tetap memilh untuk melanggar peraturan dan memutuskan untuk tidak bayar samannya.

Kejadian yang serupa berlaku tiga kali lagi, dan setiap kali Siti ditangkap, dia bersama rakan-rakannya dan mereka tidak munggunakan pelitup muka. Tambahan pula, mereka menceroboh masuk tempat-tempat yang telah dipita tutup untuk kegunaan awam.

Siti dihukum saman $4,000 oleh Timbalan Pendakwa Raya Emily Koh yang mengatakan bahawa Siti mengambil ringan tetang saman-samannya dan juga tidak bertanggungjawab sebagai seorang warga Singapura. Siti meminta agar dia melunaskan samannya dengan bayaran ansuran, namun permintaannya ditolak kerana dia “tidak boleh mematuh peraturan”, kata hakim.  

Hakim membenarkannya untuk membayar samannya menjelang hari khamis ini. Jika Siti gagal untuk membayarnya, dia boleh dipenjarakan selama lapan hari. Setiap kesalahnnya, Siti boleh dipenjarakan selama enam bulan, disaman sehingga $10,000, atau dikenakan kedua-duanya. 

Saya selaku penulis berharap kalau sudah tahu ada undang-undang baru untuk kebaikan kita semua, tolonglah akur. Sudah berkali-kali ditangkap, disaman, tak serik serik lagi… Sia-sia sahaja duit kita yang kita cari susah payah dihabiskan bayar saman disebabkan kita malas hendak patuh undang-undang. Ambillah iktibar dari kisah perempuan ini yang tak makan saman (heheheh) Selagi wabak ini masih ada, marilah kita sama-sama jaga keselamatan dan kesihatan kita.

Author

Share