Timbalan Perdana Menteri Singapura, Tharman Shanmugaratnam dipilih sebagai orang yang paling layak

Author

Categories

Array

Share

Tuala Basah
“jangan sampai kering…”
12/6/2020

Dalam satu tinjauan oleh Yahoo Singapore baru baru ini, timbalan Perdana Menteri Singapura, Tharman Shanmugaratnam telah pun dipilih sebagai orang yang paling layak untuk mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Sebanyak 69% yang mengambil tinjauan itu telah memilih beliau. 

Dalam satu lagi tinjaun oleh Blackbox pula, beliau mendahului pemimpin-pemimpin lain dengan meraih undian sebanyak 55%. Buat masa ini beliau adalah pilihan kegemaran (clear favourite) rakyat yang ditinjau untuk mengambil alih jawatan yang sangat berat ini.

Sumber Gambar: Blackbox

Cadangan untuk melakukan pemilihan pengganti Perdana Menteri Lee Hsien Loong mula dicetuskan apabila PM Lee mengalami sakit pening yang kerap, contohnya, seperti waktu beliau memberi ucapan hari kebangsaan tahun lalu. Semasa ucapan itu beliau ada mengatakan hendak membina kepimpinan singapura dan juga mencari pengganti beliau.

Sumber gambar : ST PHOTO, KUA CHEE SIONG

Harapan penulis pula, sesiapa sahaja yang menyandang jawatan itu nanti, harap-harap dapat selalu mengutamakan rakyat dan memimpin terus dengan cemerlang. Maaf kalau tulisan ini kurang edgy, sebab sejujurnya inilah pandangan ikhlas penulis yang patriotik.

Jangan lupa ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan berita-berita menarik.

Ayuh ikuti kami, klik pautan di bawah!

Author

Share