Remaja mengaku “Dewa” menipu seorang makcik hampir 100k

Author

Categories

Array

Share

Tuala Basah
19/10/20
“da mula berbau”

Seorang remaja, Soh Chih Hui menipu Puan Goh Seng Mui sekurang-kurangya $49,600 pada tahun 2015 daripada bulan April ke Oktober. Ia bermula apabila Soh memberitahu Goh dia telah menjumpai sorang calon suami untuknya.

Soh mengambil kesempatan atas kepercayaan Goh. Soh mengaku dirinya seorang dewa dan menyuruh Goh memberikan segalanya kepada Soh. Goh memberikan semua duit simpanannya kepada “dewa” itu sehingga semua duit simpannnya habis. Dia hingga terpaksa meminjam duit dari abangnya.

Dalam perbicaraan selama 16 hari itu, Puan Goh mengatakan bahawa dia sudah tidak ingat berapa jumlah tepat wang yang sudah dia berikan kepada Soh kerana ia berlaku selama beberapa tahun dan dia tidak menyimpan sebarang rekod. Dalam ingatannya jumlah wang ini menjangka lebih daripada $90,000. Dia juga mengatakan bahawa dia sangat takut dan akan memberikan apa-apa yang diminta Soh

Pada mulanya, Soh memberitahu kepada Puan Goh bahawa dia boleh mengenalkan dia dengan seorang pegawai bank yang berumur 51 tahun dan bergaji besar. Tetapi untuk membuat ini berlaku Puan Goh harus hadiahkan duit dan juga mengucapkan mentera untuk bebrapa dewa. Apabila Soh menyamar sebagai seorang dewa anak kecil, dia akan bercakap dengan puan goh dalam nada yang tinggi. Kadangkala pula dia akan menyamar sebagai dewa lain dan akan menukarkan suaranya kepada suara yang lebih rendah.

Dia memberitahu Puan Goh bahawa dia tidak berjumpa jodohnya kerana dia ditakdirkan untuk tidak berkahwin. Untuk menukar hakikat ini, dia harus “meminjam nasib” dengan memberi hadiah dan juga mengucapkan mantera kepada dewa-dewa.

Abang Puan Goh memberitahu mahkamah bahawa Puan Goh pernah meminjam duit daripada abangnya dan mengatakan bahawa dia tidak dapat memberitahu apa sebabnya kerana ia adalah rahsia syurga. Puan Goh juga pernah memberi duit inusransnya sebanyak $17,000 kepada Soh. Apabila duit Puan Goh sudah benar-benar habis, Soh menyuruh Puan Goh untuk bekerja di sebuah kedai makan dan memberikan gaji kepadanya.

Mahkamah mengatakan bahawa Soh sudah didapati bersalah tanpa sebarang keraguan dan kini Soh diikat jamin sebanyak $15,000 dan hukuman akan dijatuhkan pada bulan Disember. Soh boleh dihukum penjara selama 10 taun dan juga dikenakan saman.

Jangan lupa ikuti kami di saluran telegram kami di t.me/fruitmouthonline

Author

Share