Peserta MasterChef Australia menuduh DJ radio bersikap perkauman (racist) apabila mereka menyapanya dalam mandarin

Author

Categories

Array

Share

Tuala Basah
“jangan sampai kering…”
12/6/2020

(sumber gambar: Instagram )

Baru-baru ini, bekas peserta MasterChef Australia, Sarah Tiong menegur keras tingkah laku DJ dari stesen radio Triple M Sunraysia. Sebelum ke udara, pengacara rancangan itu menyapa Sarah dengan mengatakan “ni hao ma”. Dia kata ini adalah satu sikap berunsur perkauman dan tidak sensitif.

“MasterChef Australia: Back To Win” , Sarah Tiong.

Selepas kejadian itu dia beralih ke media sosialnya, Instagram, untuk menceritakan pengalamannya tetapi ramai pengikut-pengikutnya merasakan tiada sebarang kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak radio tersebut yang sudah pun meminta maaf atas perbuatan mereka.

Sarah menjelaskan lagi, “ianya bersikap perkauman untuk menganggap bahawa saya mengaku diri saya cina dan boleh berbahasa mandarin”

“ianya bersikapkan hak istimewa (priviledged) dan jahil untuk menanggapkan apa apa tentang diri saya berdasarkan warna kulit saya”

Tambahnya lagi, “itu adalah satu sikap tak beradab untuk menganggap yang saya memahami bahasa itu hanya kerana saya menyerupai keturunan itu”

Juri MasterChef, Melissa Leong juga turut menyokong kata-kata ini di laman peribadi Instagram beliau.

“Ia tidak bijak ataupon lucu, malah ia menggambarkan betapa dalamnya akar rasis yang toksik di dalam negara ini”


Namun mengikut tinjaun rambang penulis pula di lelaman-lelaman sosial, pendapat warga-net masih tidak menganggap itu satu sikap yang berbaur perkauman. Ada juga yang mengatakan dengan sindiran, “ayuh! menumpang sahaja pada isu perkauman yang sedang hangat dibincangkan sekarang”

Mungkin buat masa kini, masih ada yang memandang remeh terhadap perkara seperti ini. Walaupun ia sering saja berlaku dan kelihatan di lelaman sosial sejak dua menjak ini. Bagi pendapat penulis, sebenarnya ini juga merupakan peluang yang baik untuk kita mengenali dengan lebih dalam lagi tentang apa yang pernah dialami oleh bangsa-bangsa lain, supaya kita semua akan menjadi lebih peka dengan isu yang sesitif sebegini. Sebab, kita tidak punya hak pun untuk menyatakan sesuatu itu tidak menyinggungkan kalau ia mengguris mangsa. Yerlah, kalau korang tak setuju mungkin penulis ni snowflake atau strawberry agaknya.

Ayuh ikuti kami, klik pautan di bawah!

Author

Share