Pembantu dituduh mencuri barang bernilai sebanyak $34,000 didapati tidak bersalah.

Author

Categories

Array

Share

Tuala Basah
“Seperti mati lampu”
06/09/20

Seroang bekas pembantu rumah telah dibebaskan dari segala tuduhan oleh Mahkamah Tinggi. Sebelum ini Puan Parti Liyani telah dituduh mencuri barang-barang bernilai lebih daripada $34,000 kepunyaan  Ketua Pengerusi Changi Airport Group (CAG) Liew Mun Leong dan keluarganya.

Parti telah bekerja untuk keluarga Liew selama 9 tahun dari 2007 hingga 2016. Dia mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi yang telah menjatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun dan 2 bulan.

Peguam Parti, Encik Anil Balchandani yang bertugas secara pro bono mengatakan bahawa Parti telah dituduh supaya dia tidak dapat membuat aduan terhadap keluarga Liew kerana menyuruhnya bekerja secara haram. Selain daipada berkerja di rumah keluara Liew, Parti juga ditugaskan untuk membersihkan pejabat dan rumah anak Encik Liew, Karl.

Mahkamah diberitahu bahawa pada Oktober 2016, Encik Liew ketika berada diluar negara mengambil keputusan untuk memberhentikan kerja Parti. Pada 18 Oktober 2016 anak lelaki Encik Liew memberitahu Parti bahawa dia sudah dipecat dan memberi 2 jam untuk mengemas semua barang barangnya. Sedang mengemas, Parti mengugut akan membuat aduan kepada Kementerian Tenaga Kerja.

Parti pulang ke Indonesia pada hari itu setelah menyuruh anak Encik Liew membayar kos penghantaran kotak-kotak itu kepadanya. Keesokan harinya, keluarga Liew membuka dan menghabiskan masa sebanyak 2 jam memeriksa isi kandungan kotak itu. Video sepanjang 21 saat telah pon dirakam menunjukkan barang-barang yang telah dikeluarkan.

Mereka menjumpai barang-barang kepunyaan ahli keluarga Encik Liew dan laporan polis dibuat setelah Encik Liew pulang ke Singapura pada 30 Oktober. Namun pihak polis hanya pergi ke tempat kejadian 5 minggu kemudian, sehari selepas Parti pulang ke Singapura.

Dalam pembelaannya, Parti mengatakan bahawa barang-barang itu adalah kepunyaanya, barang yang telah dibuang ataupun barang yang tidak diletakkan ke dalam kotak itu oleh dirinya sendiri.

Dalam penghakimannya, Hakim Chan mendapati bahawa terdapat masa di mana barang bukti tidak berada di dalam tangan polis. Ini menimbulkan syak sama ada barang yang telah dikatakan dicuri yang telah dijumpai pada 29 Oktober adalah sama dengan gambar yang telah dipetik oleh pihak polis 5 minggu kemudian.

Dalam masa ini pihak keluarga telah diberi kebenaran untuk menggunakan barang-barang ini seadanya. Setelah itu mereka meletakkan barang-barang ke dalam kotak tetapi ia tidak jelas jika ini adalah barang yang sama.

Hakim Chan jkuga mendapati terdapat dua kenyataan yang telah diambil daripada Parti tanpa kehadiran seorang pengalih bahasa dan ini mendatangkan syak keatas ketepatan kenyataan tersebut.

Hakim juga mendapati testimoni anak Encik Liew sangat meragukan dan mengesyak kebenarannya. Karl mengatakan bahawa antara barang yang telah dicuri adalah baju t-shirt wanita kepunyaannya dan bahawa kadang-kala dia menggunakan tshirt wanita. Dia juga mengatakan bahawa antara barang yang dicuri adalah seutas jam Gerald Genta bernilai sebanyak $25,000 walaupun pada hakikatnya tali jam itu sudah pon rusak dan butangnya hilang.

Gambar sekadar hiasan

Hakim Chan juga mengatakan bahawa kebanyakan barang yang dikatakan telah dicuri sudah pun rosak ataupun mempunyai nilai harga yang rendah.

Encik Balchandani memberitahu pihak mahkamah bahawa dia akan membuat permohonan pampasan untuk Parti yang sudah 4 tahun tidak bekerja.

Parti memberitahu wartawan bahawa dia sangat gembira bahawa dia sudah pun bebas setelah melawan kes ini selama 4 tahun dan menguatkan dirinya selama jangka masa itu.



Macam Gif diatas, inilah reaksi penulis apabila mendapat tahu tentang kes ini. Ni da kes aniaya ni. Menuduh seorang pembantu yang sudah pasti tidak mampu menanggung kos peguam, lebih lebih lagi untuk kes selama ini. Mujurlah ada peguam seperti Encik Balchandani yang mengambil kes ini secara pro bono. Penulis harap Parti akan tabah menghadapi segala cabaran dan semuga pemohonan pampasannya lulus.

Jangan lupa ikuti kami di saluran telegram di t.me/fruitmouthonline

Author

Share