Pelatih kumpulan kompang di penjara 22 tahun atas kesalahan gangguan seksual.

Author

Categories

Array

Share

Tuala Basah
“jangan sampai kering…”
12/6/2020

Tiga budak lelaki berumur 9 hingga 13 tahun telah menjadi mangsa gangguan seksual Muhammad Shahril Abdul Rashid. Shahril, 31, adalah seorang pegawai sekuriti dan juga pelatih kepada kumpulan kompang yang telah ditubuhkannya pada tahun 2005.

Beliau bermula menghampiri mangsa dengan menceritakan tentang pengalaman silamnya sebagai mangsa gangguan seksual kepada pelatih sepak takraw-nya.(juga merupakan abang angkat). Setelah mendapat kepercayaan mangsa, beliau akan bertanya jika mereka ingin melihat apa yang pernah terjadi kepadanya ketika dia berumur 12 tahun.

Shahril mengatakan bahawa dia lakukan ini semua gara-gara untuk keselamatan anak didiknya dan jika pelawaanya ditolak dia tetap akan terus melakukan aksi-aksi seksual kepada mereka.

Setelah didapati bersalah atas 3 tuduhan, Shahril dijatuhkan hukuman penjara selama 22 tahun dan dikenakan 24 sebatan.

Semua ahli kumpulan kompang beliau menggelarnya sebagai “Ayah” dan kejadian ini seringkali berlaku di rumah Shahril di mana ahli-ahli kumpulan akan bermalam apabila mereka ada persembahan pada keesokan harinya. (nampak tak permainan dia…pandai ambil kesempatan eh..)

Selepas setiap kejadian, mangsa-mangsanya dilarang untuk memberitahu sesiapa (konon arahan sebagai ketua-lah tu..).

Gambar sekadar hiasan

Seorang mangsa yang pertama kali dicabulinya pada tahun 2016 cuba untuk memberitahu Shahril yang beliau tidak suka dengan apa yang diperlakukukan kepadanya. Namun, semuanya tidak diendah Shahril yang berterusan melakukan perbuatan itu. Pada tahun 2017
Shahril berjaya meyakinkan keluarga mangsa untuk membiarkan mangsa tinggal bersamanya. Persetujuan itu dibuat atas sebab kesusahan hidup yang dialami keluarga si mangsa. Gangguan seksual itu berterusan dilakukan Shahril sepanjang mangsa menumpang tinggal di rumahnya.

Semuanya berakhir buat Shahril apabila mangsa mengadu kepada abang angkatnya yang langsung membuat laporan polis.

Buat masa sekarang, difahamkan DPP telah pun memberitahu pihak mahkamah bahawa si mangsa sedang menjalani proses pemulihan dari sesi kaunseling atas trauma yang dialaminya selama 3 tahun di tangan pelaku gangguan seksual itu, Muhammad Shahril Abdul Rashid .

Memang lebih baik Jika kita mengambil tahu dengan lebih berat lagi dengan keadaan anak-anak di sekeliling kita. Lebih-lebih lagi jika mereka banyak meluangkan masa dalam jagaan orang lain. Penulis harap supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan buat semua….dan bagi sesiapa yang mempunyai pengalaman-pengalaman sama seperti si mangsa, saya harap awak dapat kuatkan diri dan segera membuatkan aduan. Entah apalah perasaan si Shahril ni eh? Orang dah bagi kepercayaan dia pula mengambil kesempatan memuaskan nafsu songsangnya! Geram je. Buat malu masyarakat dan kumpulan kompang je!

Ayuh ikuti kami, klik pautan di bawah!

Author

Share