#OKLETSNO

Author

Categories

Array

Share

Biawak Sukokito
“kito tok suko dio…”
12/6/2020

#OKLETSNO? kalau ok lets snow boleh? please? sebab…..
Hareudang, Hareudang, Hareudang. Panas, Panas, Panas.

Baru-baru ini (2 hari lepas) kecoh di lelaman sosial Facebook (bukan muka buku, kata nama tak boleh tukarlah~!) tentang isu OKLETSGO, sebuah rancangan podcast melayu Singapura. Ia bermula bila warga-net menunjukkan ketidakpuasan hati mereka dengan kandungan isi dan lawak jenaka mereka dianggap bersikap misogynist. (Definition : a person who dislikes, despises, or is strongly prejudiced against women)

Sumber: Facebook

Tweet asal, dari puan Goyeng Pichang, (ini bukan aku reka lagak comel kay) @anygalien, menyatakan bahawa beliau tidak suka OLG,
kerana ia memperingatkannya tentang lelaki-lelaki melayu di dalam hidupnya, yang sering secara santai menyahinsanikan (dehumanised) dan memperalatkan wanita secara seksual (sexualised) dengan alasan yang ia hanya sekadar bahan lawak.
Beliau turut menyatakan dengan adanya sikap begitu dibiasakan (normalised) dan disebarkan ke masyarakat melayu ia sebenarnya membentukkan jati sikap lelaki melayu kini dan pada masa akan datang.

Tweet itu turut dikongsi ramai warga-net lain. Antara yang paling banyak mendapat sambutan, adalah dari saudari, Norasyikin Amir. Perkongsian tweet itu yang disertakan dengan kesetujuan peribadinya turut mendapat lebih dari 1000 komen dan 761 perkongsian di lelaman peribadi Facebook beliau.

Namun tuduhan/pendapat peribadi itu tidak diterima ramai peminat yang berkerasan membantah labelling yang diberi kepada OLG dan maka tercetuslah perdebatan hangat di sosial media melalui komen-komen dan sindirian di akaun-akaun media sosial peribadi masing-masing.

Ada juga yang keras-keras membantah lantang dengan mempersoalkan “…part mana yang degrading?…” pada komen-komen yang menyokong
kenyataan tentang topik-topik dan bahan jenaka digunakan OLG yang dianggap tidak menghormati wanita. Ada juga yang berpendapat, ia bukanlah silap penyiar sahaja malah penyokong dan peminat juga harus dipersalahkan kerana mereka yang menggalakkan.

Antara yang menyokong luahan saudari Norasyikin Amir ada yang menyatakan dan menerkam akan sifat OLG yang diibaratkan sebagai ‘clout chasers‘ dan kandungan-kandungan islamik mereka(OLG) hanya sekadar mempersedapkan hati mereka.

Perbalahan hangat dan panas antara peminat OLG dan warga-net lain turut mendapat perhatian anggota OLG, Raja Razie, yang cuba untuk mengundang saudari Norasyikin ke studio rakaman untuk memperbincangkan tentang isu yang dibentangkan beliau. Namun, undangan itu ditolak. Norasyikin juga membalas, bahawa beliau bukanlah yang terbaik untuk membincangkan isu ini. Norasyikin juga turut berterima kasih kepada Raja Razie kerana sudi mengundang dan menerima maklum balas beliau.

Pada pendapat penulis pula, OLG, sebagai penghibur dan usahawan cuma hanya lakukan yang terbaik untuk memuaskan permintaan peminat.Kalau ramai peminat yang tidak senang dengan unsur-unsur lucah yang dikongsikan mereka, pastinya mereka akan menggunakan cara dan kaedah
lain untuk menyampaikan isi mereka yang menarik. Mungkin buat masa sekarang, pemikiran dan tanggapan segelintir masyarakat melayu setempat
belum lagi bersedia untuk meninggalkan takuk dan kebiasaan lawak-lawak yang menyinggung. Tambahan lagi, dengan adanya suara-suara seperti puan Norasyikin dan @anygalien, penyedaran kini dapat disampaikan dan mana tahu ia dapat merubah pemikiran masyarakat secara umum di masa hadapan (ala-ala anjakkan paradigma gitew la~)

Apa-apa pun… kami harapkan yang terbaik buat semua. Kay sudahlah, jangan kecoh-kecoh, gaduh-gaduh semua… nak gula-gula?

…dan sebagai satu selitan korner baring mesej nilai PSB, kalau berkemampuan, jangan lupa untuk beramal jariah, boleh klik pautan di Facebook Norashikin Amir yang sudah dipautkan di lelaman peribadinya dalam post yang viral ni.

sementara itu….. pada saya, inilah komen paling win.

sedap? yakin? pasti? OKJOMS!
mau belanja pe?
Sekarang aku lapar, terima kasih.

Ayuh ikuti kami, klik pautan di bawah!

Author

Share