Mutu servis Foodpanda dipersoalkan

Author

Categories

Array

Share

Jomblo-wind-blow
18/10/20

I am a regular supporter of Food Panda and I am very disappointed with this kind of cheap cheat.”

Baru-baru ini, seorang pelanggan Foodpanda, meluahkan ketidak puasannya dengan khidmat penghantaran makanan itu melalui catatan di Facebook pada 16 Oktober 2020. Catatan yang mengenai pengalamannya itu meraih perhatian ramai yang mempunyai pendapat berbeza. Ada yang mengatakan bahawa Foodpanda bersalah, ada pula yang mengatakan sebaliknya.

Menurutnya, pada 15 Oktober, dia telah memesan makanannya melalui aplikasi Foodpanda pada kira-kira jam 8:30 malam. Dia telah memastikan bahawa dia letakkan alamat yang sepatutnya untuk dihantar.

Pada jam 9:48 malam, dia menerima sebuah mesej daripada aplikasi itu yang memberitahunya bahawa pesannya selamat dihantar. Wal hal, tiada orang yang menghantar makanannya dan dia tidak terima pesananya langsung.

Lalu, dia merujuk hal ini kepada kakitangan perkhidmatan pelanggan Foodpanda yang bernama Atif untuk keterangan. Namun, Atif berkeras mengatakan bahawa penunggang penghantaran makanannya telah melaksanakan amanahnya ke alamat yang Azlan masukkan ke dalam aplikasi itu, iaitu Blk 693 Woodlands Avenue 6 #03-775.

Kata pemesan itu, alamat yang tertera di atas itu adalah alamat blok tempat letak kereta yang hanya ada kedai-kedai di tingkat 1, dan bloknya adalah 693D. Jadi, mustahil penunggang itu menghantar makanannya ke situ kerana tiada rumah yang wujud melainkan kedai-kedai di bawah. Antara blok 693A hingga blok 693E, hanya 693D sahaja yang mempunyai nombor unit rumahnya.

Setelah Atif bahawa menerangkan bahawa dia tidak dapat membantu, akhirnya Atif menamatkan perkhidmatannya. Ini membuatnya sangat kecewa dan dia memutuskan untuk melaporkan hal ini kepada pihak polis dengan harapan foodpanda akan kembalikan duitnya.

<insert screenshots>

Jadi… Salah siapa eh? Pemesan sudah memberi alamat yanglengkap tetapi makanannya tetap juga sampai ke alamat yang salah. Atif pula cuba untuk memberi penjelasan namun sejauh itu sahaja dia mampu bantu lalu menamatkan perkhidmatannya secara mendadak.

Netizen-netizen pula beri cadangan untuk masa hadapan seperti menggunakan khidmat penghantaran lain, dan mengatakan Azlan tidak berikan alamat yang sebenar. Ada juga yang menyarankan untuk menggunakan cash on delivery (COD) supaya dapat elak perkara ini berlaku lagi di masa hadapan. 

Update: Foodpanda telah pun mengembalikan wang dan juga memberi baucar $30 sebagai pampasan.

Kepada semua, harap periksa semula maklumat anda ketika memesan makanan. Jika anda masih ragu-ragu dengan kejujuran khidmat, anda boleh menggunakan pilihan COD untuk pastikan pesanan anda sampai dengan selamt. Kakitangan perkhidmatan pelanggan aplikasi khidmat penghantaran makanan itu semuanya manusia juga, pasti akan berlaku kesilapan. Semoga Azlan dapat menyelesaikan hal ini dengan baik dan tidak serik memesan makanan kerana dengan sememangnya mereka menyenangkan kehidupan kita yang kian sibuk.

Jangan lupa untuk mengikuti kami di saluran telegram kami di t.me/fruitmouthonline.

Author

Share