Masalah Mrt kini kembali?

Author

Categories

Array

Share

Jomblo-wind-blow
16/10/20
“dahan bergoyang”

Lima tahun lepas, titik permulaan saga gangguan besar MRT yang menjejas 2 laluan – north-south line (NSL) dan east-west line (EWL) berlaku. Lebih daripada 250,000 orang menjadi mangsa kerosakan MRT yang terpaksa berhenti selama beberapa jam di waktu sibuk petang. Oleh itu, CEO SMRT dan menterii pengangkutan “digantikan” dan SMRT mengaku mereka  bertanggungjawab atas kerosakan tersebut.

Setelah kejadian itu berlaku, tahun-tahun berikutnya menunjukkan masalah kerosakan MRT dapat dikawali dan peristiwa itu jarang diulangi. Terdapat peningkatan baik setelah kerja-kerja penyelenggaran dijalankan, seperti waktu operasi menjadi pendek dan lebih lancar,

Tetapi, baru-baru ini, pada 14hb oktober 2020, berlaku lagi episod gangguan besar di bawah jagaan menteri pengakutan baru, Ong Ye Kung. Kali ini, 3 laluan – NSL, EWL dan juga Circle Line (CC), terjeas dengan serentak. Namun begitu, bukan keseluruh laluannya terganggu.

NSL – Stesen-stesen yang terjejas: Antara stesen MRT Woodlands dan stesen MRT Jurong East

 SMRT umumkan bahawa tiada khidmat keretapi dari stesen MRT Marsiling ke stesen MRT Jurong East pada jam 9 malam. Penumpang-penumpang terpaksa menaiki bas percuma dan perkidmatan penghubung disediakan sejak 7:15 malam di pertukaran bas Woodlands.

EWL – Stesen-stesen yang terjejas: Antara stesen MRT Queenstown dan Gul Circle

Tiada khidmat keretapi dari stesen MRT Dover ke stesen MRT Tuas Link pada jam 9 malam juga, dan penumpang-penumpang harus menaiki bas dan perkhidmatan penghubung yang tersedia sejak 7:15 malam di stesen pertukaran bas Queenstown.

CC – Stesen-stesen terjejas: Antara stesen MRT Serangoon dan stesen MRT Harbourfront

Sebenarnya, gangguannya berlaku pada jam 8:15 malam. Tetapi, gangguannya tidak berpanjangan dan kira-kira pada jam 8:40 malam, keadaan sudah reda. Penumpang-penumpang dinasihatkan untuk menambah 25 minit dalam perjalanan mereka.

Kesimpulannya, sebanyak 36 stesen MRT terjejas.

Jadi, apakah sebabnya gangguan besar kali ini berlaku? Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) mengeluarkan kenyataan melalui Facebook bahawa siasatan awal menunjukkan kejadian itu disebabkan oleh gangguan bekalan elektrik, dan mereka akan bekerja rapat dengan SMRTagar kerja-kerja peyelenggaran dijalankan dan akan menjalankan siasatan penuh.

Di lelaman media sosial pula, ramai telah menaik muatkan pengalaman-pengalaman mereka sewaktu melalui gangguan tersebut. Ada yang terpaksa berjalan di landasan keretapi, ada yang harus berjalan dalam kegelapan di stesen MRT.

mungkin penyebab masalah keretapi hehehe

Nampaknya, mereka sudah ke “Halloween Horror Nights” dahuluan sebelum kami yang lain ya… dengan percuma lagi! Jarang-jarang sekali USS datang kepada kita.

Ok, tolak tepi jenaka- jenaka. Kini, perkhidmatan keretapi bersambung semula di 3 laluan yang dkatakan awal tadi.

Kepada semua penumpang-penumpang pengangkutan awam, harap-harap anda sentiasa selamat sampai ke destinasi anda tanpa sebarang gangguan dan masalah ini segera diperbaiki dan dikawal pada masa hadapan.

Jangan lupa ikuti kami di saluran telegram kami di t.me/fruitmouthonline

Author

Share