Malaysia mencatat 691 kes baru COVID-19

Author

Categories

Array

Share

Tuala Basah
“menitis ke lantai
07/10/20

Malaysia mencatat 691 kes baru. Kenaikan yang tertinggi buat masa ini. Juga terdapat 4 lagi kes kematian membawa jumlah kematian dariapada virus COVID-19 ini ke 691. Jumlah kes jangkitan di Malaysia kini 13,504 menurut sumber berita REUTERS

Lebih daripada setengah daripada kes baru datangnya daripada Kedah. Dalam 397 kes jangkitan di sana, 394 daripadanya datang daripada Penjara Tembok yang telah pun diasingkan dari pihak awam.

Kumpulan kedua terbesar datang daripada Sabah timur dimana jumlah jangkitan adalah sebanyak 219. Ada beberapa kes yang dikaitkan dengan pilihan raya yang baru lepas.

Dalam satu sidang yang disiarkan di telivisyen, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa beliau tidak menafikan bahawa pilihan raya menyumbang kepada kenaikan jumlah kes secara mendadak.

Katanya lagi, mereka tidak mahu memulakan Permerintahan Kawalan Pergerakan (PKP/MCO) sekali lagi atas sebab ia mungkin akan menhancurkan sistem ekonomi dan sosial di dalam negara.

Malaysia kini berada dalam fasa R-MCO dimana hampir semua sektor ekonomi sudah kembali beroperasi. Buat masa ini R-MCO dijadualkan akan dilakasanakan hingga akhir tahun ini.

Ramai di Malaysia yang telah menyuarakan kebimbangan tentang tren yang merisaukan ini. Ada yang khuatir kalau pihak kerajaan akan memulakan semula MCO dan ia akan menjejaskan pekerjaan, perniagaan dan juga persekolahan anak-anak. Ada juga yang mengatakan bahawa jika MCO diperlukan untuk memastikan pemulihan di Malaysia. Ia harus dilakukan dan ia adalah sesuatu yang kecil kalau dibandingkan dengan keselamatan dan kesihatan seluruh Malaysia.

Penulis mengharap keadaan akan segera pulih di Malaysia dan jumlah kes akan terus berkurangan. Virus COVID-19 ini sudah terlalu lama menjejas seluruh dunia dan penulis rasa semua akan setuju kalau penulis kata yang kita semua merindui kehidupan kita pra-COVID. Untuk ini, semua orang harus memberi kerjasama dan tidak mengambil ringan arahan kerajaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di saluran telegram di t.me/fruitmouthonline


Author

Share