Mahkamah Negara meminta maaf kepada pemandu lorry kerana dipenjarakan terlebih 2 hari akibat kesilapan pegawai

Author

Categories

Array

Share

Tuala Basah
“dibiar dalam hujan”
03/09/20

Mahkamah Negara meminta maaf kepada pemandu lorry kerana dipenjarakan terlebih 2 hari akibat kesilapan pegawai. Teo Seng Tiong, 59, dipenjara selama 7 minggu dan didenda sebanyak $500. Dia juga diharamkan memandu selama 2 tahun.

Ini setelah dia didapati bersalah melanggar seorang pengayuh basikal dengan lorinya dan gagal membuat laporan dalam tempoh 24 jam kejadian itu berlaku.

Bersama hukuman penjara selama 7 bulan, Teo juga seharusnya dipenjara tambahan 3 hari jika dia tidak membayar dendanya.

Teo telah pun membuat bayaran $500 pada hari dia memulakan hukumannya.

Namun begitu, pegawai Mahkamah Negara yang mengendalikan kes itu gagal mengemas kini waran komitmen dan sistem pengurusan kes Mahkamah Negeri untuk menunjukkan bahawa denda telah dibayar, ” kata Mahkamah Negeri dalam satu kenyataan media, laporan CNA.

Singapore Prison Service bertanya kepada Mahkamah Negara pada 21 dan 22 Ogos jika denda telah dibayar dan mereka mengatakan tidak kerana sistem pengurusan Kes Mahkamah tidak dikemas kinikan akibat kesilapan itu.

Bayaranya itu hanya diketahui selapas Singapore Prison Service memberi surat Teo kepada mereka yang mengandungi resit bayaran denda.

Mahkamah Negara mengatakan mereka telah mengambil tingkah segara untuk mengkaji semula proses bekerja dan melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi. Tinjauan dalam sedang berlaku pada masa ini.

The State Courts deeply regret what has happened, and we have conveyed our letter of apology to Mr Teo through the Attorney-General’s Chambers.”

Penulis agak terkejut apabila mendapat tahu tentang hal ini. Ialah selalunya penulis dengar hukuman penjara dipotong kerana kelakuan baik, ini pertama kali penulis dengar orang menjalani hukuman penjara lebih lama dari yang sepatutnya. Tapi penulis ingin memuji cara Mahkamah Negara bertindak selepas mendapat tahu tentang kesilapan ini dan juga mengambil langkah untuk mengkaji semula proses pekerjaan mereka.

Tapi macam pepatah inggeris “to err is human” kita manusia tidak akan terlepas dari membuat silap. Tetapi yang lebih penting adalah cara kita bertindak selepas membuat kesilapan itu.

hati hati ketika memandu

Jangan lupa untuk ikuti kami di telegram di t.me/fruitmouthonline

Author

Share