Lelaki berumur 63 tahun didenda $3,500 kerana melanggar undang-undang (safe distancing measures) sebanyak 3 kali

Author

Categories

Array

Share

Biawak Sukokito
“suko-suko joget di pinggir jale…”
13/6/2020

Seorang lelaki yang sudah berkali-kali melanggar Safe distancing measures sepanjang perintah Circuit breaker telah didenda pada 10hb Jun lalu.

Menurut laporan, The New Paper, Lelaki yang berusia 63 tahun, Ong Kin Hwa, telah pun mengaku salah dan didenda sebanyak $3500 atau hukuman penjara selama seminggu.

Sebanyak 3 lagi kes tuduhan yang sedang dalam pertimbangan buat Ong.

Sumber : The New Paper

Ong melanggar perintah kawalan pergerakkan untuk pergi berjumpa dengan rakan-rakanya. Mereka berkumpul di hadapan Hao Supermarket di Blok 74 Whampoa Drive pada 12hb April, 3hb dan 8hb Mei. Sebanyak tiga kali itu, mereka berkumpul dengan tujuan untuk berinteraksi dan meminum bir.

Pada 3hb Mei, jam 8.50 malam, sewaktu pegawai polis menghampiri beliau yang sedang bersembang dan berminum arak(bir), Ong menaikkan pelitup nye untuk menutup matanya dan berpura-pura untuk tidak nampak pegawai polis itu, sekaligus membiarkan mulutnya terdedah.

sumber : google map

Pada 8hb Mei pula sekitar 6.30 petang, pegawai polis yang berlainan juga berjumpa dengan Ong bersama 2 rakannya di bangku yang sama bersembang dan berminum. Ketiga-tiga lelaki itu tidak memakai pelitup dengan betul, mereka meletakkanya di dagu masing-masing.
Atas belas kasihan, pegawai polis di lokasi menyuruh mereka pulang. Pada ketika itu, Ong mengaku dan menyatakan yang dia bosan duduk di rumah. Pegawai polis itu lalu memberikan amaran untuk Ong dan rakan-rakan segera pulang dan mereka akan pulang ke bangku yang sama dalam masa 5 minit untuk memastikannya.

Sewaktu pegawai polis itu kembali ke lokasi, Ong enggan berganjak untuk pulang, 2 rakannya pula segera bergegas untuk beredar. Ong mengeluarkan kad identitinya lalu mencabar pegawai-pegawai itu untuk mendendanya.

Bagaimanapun, akhirnya dia tidak melunaskan saman yang diberikan iaitu $300 and $1,000 pada kesalahan yang berlaku pada 12hb April and 3hb Mei itu.

Sebelum ini Ong pernah disabit kesalahan atas tindakkannya yang menggunakan kata-kata kesat dan bertindak dengan kasar terhadap pegawai awam.

Untuk setiap salah melanggar undang-undang perintah kawalan (Safe distancing Measures) hukumannya adalah hukuman penjara selama 6 bulan ataupun denda sebanyak $10000, atau kedua-duanya.

Ulasan penulis pula, jadikanlah kes Ong ini sebagai satu tauladan akan betapa seriusnya undang-undang ini. Korang-korang tu yang belum lagi ditangkap, harap-harap jangan sampailah kena tangkap pula.
Sia-sia saja nanti. Ahh…korang jangan pura-pura aku tak tahu korang ada juga muatnaikkan gambar-gambar korang merayau melepak di tangga-lah, carpark-lah. Memang susahlah nak kawal keinginan untuk menjumpa kawan-kawan, aku paham perasaan korang dan Ong ‘ni. Tapi, bertabahlah gengs, kita sama-sama doa dan harap situasi akan menjadi lebih baik esok lusa supaya hidupan seharian kita dapat kembali seperti biasa.
Jom sama-sama kita menentang Covid dengan disiplin! Tak nak? Aku report ah!

Ayuh ikuti kami, klik pautan di bawah!

Author

Share