Iphone 12: Pra-pesanan bermula 16 Oktober

Author

Categories

Array

Share

Tuala Basah
14/10/20
“kering menjadi keras”

Syarikat Apple telah mengumumkan pengeluaran telefon terbaru mereka Iphone 12 pada selasa (13 Oktober) lepas. Telefon bimbit terbaru mereka akan datang dengan kebolehan konektiviti 5G. Ini adalah lebih laju dan pengeluaran ini datang pada yang baik untuk Apple memastikan jualan mereka terus maju hingga ke hujung tahun.

Antara telefon yang dikeluarkan adalah iPhone 12 yang datang dengan skrin sebesar 6.1 inci yang haraga bermula daripada S$1299, manakala versi mini dengan skrin 5.4 inci boleh didapatkan dengan harga S$1,149. Versi Pro Max dengan 3 camera juga boleh didapatkan dengan haraga bermula daripada S$1,799.

Pra-pesanan untuk telefon iPhone 12 dan iPhone Pro baru ini akan bermula pada hari Jumaat ini pada jam 8 malam. Pra-pesanan untuk iPhone 12 mini dan iPhone 12 Pro Max akan bermula 9 malam pada 6 November dengan jualan bermula pada 13 November.

Konektiviti 5G adalah antara perkara yang dijanjijkan pada pelancaran iPhone 12 terbaru ini. Namun ramai pakar mengatakan bahawa perbezaan kelajuan yang akan dialami pengguna tetap bergantung berat kepada lokasi dan juga pembekal servis internet mereka.

Selain daripada keserasian 5G antara tmabahan terbaru pada iPhone pada tahun ini adalah chip prosessor yang baru yaitu Chip Bionic A14, Ceramic Shield untuk penjagaan skrin dan juga kebolehan mengambil video yang lebih baik. Untuk spesifikasi lengkap sila klik di sini.

Penulis memang minat dan sentiasa kagum dengan perkembangan teknologi. Makin lama, semakin canggih telefon yang kita miliki. Sesuatu yang pada dasarnya hanyalah untuk menelefon ataupun menghantar pesanan kepada orang lain kini sudah perkembang menjadi sesuatu yang amat berbeza. Sampai skarang telefon orang pun jarang. Ia menjadi sesuatu yang sudah yang sebati dalam hidup semua orang. Sehinggakan ada yang tak boleh hidup tanpa telefon mereka.

Tetapi semakin canggih teknologi yang disediakan semakin tinggilah harganya. Jadi bagi yang mampu tu sila lah tukar telefon yang terbaru. Asal jangan sampai berhutang sudah. Pada yang tukang beli handphone banyak-banyak lepas tu jual dekat carousell sampai 2 3 ribu tu stoppit eh..

Jangan lupa ikuti kami di saluran telegram kami di t.me/fruitmouthonline

Author

Share