Hukuman gantung Syed Suhail ditangguh sehari sebelum ia dijadualkan

Author

Categories

Array

Share





Tuala Basah
“Jemur sampai kering”
17/09/20

Hukuman gantung Syed Suhail Bin Syed Zin telah ditangguh. Seorang warga Singapura, Syed Suhail pada asalnya dijadualkan untuk menjalani hukuman gantung pada 18 September. Perkara ini telah dijelaskan oleh peguam M Ravi yang mengambil kes ini secara pro bono dalam satu catatan Facebook.

Menutrut catatan itu, Mahkamah Tinggi telah membenarkan Syed Suhail untuk mengemukakan rayuan lebih lanjut yang berkaitan dengan kesnya, dan memerintahkan penangguhan hukumannya buat sementara.

Permohonan seharusnya dihantar pada jam 4 hari ini tetapi Mahkamah Permohonan tidak dapat melakukan pendengaran rayuan pada esok hari. Dengan sebab ini, tarikh pendengaran rayuan tidak dapat dipastikan buat masa ini.

Syed Suhail disabitkan kesalahan mengedar dadah dan dihukum gantung sampai mati, dalam penghakiman bertarikh 26 Januari 2016. Perhomohonan terhadap keputusan ini tidak berjaya. Ini bermaksud Syed Suhail sudah tidak lagi dapat menghantar permohonan terhadap hukuman yang telah dijatuhkan keatas dirinya.

Menurut catatan Facebook M Ravi juga, dia telah menghantar judicial review application pada 16 September atas sebab arahan untuk menghukum Syed Suhail melanggar hak konstitusinya. Permohonan itu telah didengar pada pagi ini di Mahkamah Tinggi dan ia ditolak. Permohonan terbaru M Ravi adalah meminta pihak Mahkamah untuk menukar keputusan pada 17 September untuk menolak judicial review application.

Kes ini mendapat perhatian di laman sosial. Sebuah petisyen di change.org mendapat hampir 15,000 tandatangan dalam masa 12 jam setelah sejak ia dimulakan pada 17 September. Ramai juga yang menggesa President Puan Halimah Yacob supaya menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya. Grant clemency kepada Syed Suhail atau memberikan penangguhan agar permohonan semakan kehakiman dapat dikaji secara menyeluruh, dan untuk mengizinkan keluarga Suhail mengunjunginya sebelum dia menjalani hukumannya.

Dalam sebuah kiriman surat kepada M Ravi pada 15 September, Syed Suhail menjelaskan bahawa da mempunyai saudara-mara di Malaysia yang tidak dapat menziarahnya kerana kewalan pergerakan kerana Covid-19. Syed Suhail juga mengatakan bahawa ia adalah sesuatu yang kejam untuk meneruskan hukumannya buat masa ini dan kesannya dirasakan lebih kuat pada orang yang terdekat.

Gambar dari M Ravi Di Facebook

Penulis sempat membaca pelbagai macam komment di Facebook. Rata-rata komment akan jatuh pada dua pihak. Ada yang menggesa agar Puan Halimah Yacob menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya untuk menukar hukuman yang telah dijatuhkan. Pihak kedua pula adalah mereka yang mempercayai bahawa pesalah-pesalah harus dihukum. Ada betulnya dua-dua pihak ni. Undang-undang memang harus dipatuhi tetapi ada juga masanya untuk kita memberikan belas ikhsan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Tidak perlu kita meng-ia-kan atau mengatakan “padan muka”. Ia tidak menolong langsung dan mengalihkan perhatian kita daripada hal yang lebih penting. Haruskah kita mengubah cara kita menghukum pesalah dadah? Banyak negara diluar sana yang telah mengubah cara mereka dan ia menghasilkan keputusan yang baik.

Penulis di sini hanya dapat mengharap semua urusan Syed Suhail dipermudahkan.

Jangan lupa untuk mengikuti kami di telegram di t.me/fruitmouthonline

Author

Share