Grocery Voucher 2020 menjadi sasaran pencuri

Author

Categories

Array

Share

Jomblow-wind-blow
16/10/20
ditiup hingga dingin

Pasukan Polis Singapura (SPF) mengatakan seorang wanita berumur 37 tahun telah ditangkap kerana mencuri baucar runcit bajet 2020 dari peti surat di Toa Payoh.

Pada Ahad lalu, pihak polis diberitahu bahawa ada peti surat dirosak orang di sebuah blok di Lorong 7 Toa Payoh. Daripada siasatan dan bantuan gambar dari kamera-kamera polis, pihak berkuasa berjaya menahan wanita itu pada hari yang sama di Lorong 7 Toa Payoh.

“Siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai mencuri baucar runcit bajet 2020 dari peti -peti surat bukan miliknya” kata SPF dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa 13 Oktober lalu. Siasatan lanjut masih dijalankan.

Sehari selepas itu, pihak polis menambah mereka juga menerima beberapa laporan serupa di kawan perumahan lain dan mereka juga sedang siasat kes-kes itu,

Blok-blok yang terjejas dengan pencurian baucar itu adalah:

–        55, 56, 57,58 dan 59 Lengkok Bahru

–        71 dan 72 Redhill Road

–        89 dan 90 Redhill Close

Pihak SingPost mengatakan bahawa mereka juga sedar akan kejadian peti-peti surat di kawasan Rehill “dipaksa buka”. Oleh itu, mereka menghantar krew kecemasan dan mendapati bahawa pintu peti-peti surat itu terbuka. Di samping itu, pintu peti surat yang dipaksa buka itu bercalar-balar dan bengkok akibat dicungkil buka. Hanya pintu utama kesemua sembilan sarang surat dikunci dan selamat.

“Kami telah mengesahkan melalui pemeriksaan dalaman dan pencurian itu mungkin berlaku setelah posmen kami meninggalkan kawasan pada jam 1 petang pada 12 oktober 2020,” kata Encik Robin Goh, ketua pegawai jenama dan komunikasi SingPost.

Sejak kejadian itu, pekerja-pekerja SingPost memastikan semua surat-surat dihantar dengan selamat, terutama sekali di kawasan-kawasan terjejas. Mereka akan menghantar surat-surat ke pintu rumah penduduk-penduduk yang peti suratnya rosak.

Pihak SingPost bekerja rapat dengan pihak polis dan akan memberi bantuan sepenuhnya ketika jalani siasatan.

SPF menasihatkan agar semua yang layak menerima baucar tersebut untuk mengambil “secepat mungkin” dan pastikan peti surat selamat setiap masa.

“Jika anda mengesyaki baucar anda dicuri, sila laporkannya kepada pihak polis dengan segera dan hubungi Grocery Voucher di nombor taliannya 1800-2222-888 untuk batalkan dan gantikan baucar anda. Baucar yang dibatalkan tidak boleh digunakan” pesan SPF.

Kalau anda terserempak dengan orang yang mencurigakan kehulur-kehilir di kawasan peti surat, sila hubungi pihak polis dengan cepat. Mereka yang disabit kesalahan mencuri boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda saman atau kedua-duanya sekali.

Jadi, kepada semua di luar sana, ambil iktibar daripada peristiwa ini; rajin-rajinlah periksa peti surat masing-masing supaya ia selamat. Tetapi, janganlah sampai serajin penyamun itu – sanggup pergi dari blok ke blok untuk mencuri baucar runcit. Siap mencungkil lagi, effort tau tu. Cuma sayangnya effort yang dibuang ke arah yang salah. Itu bukan sahaja “rajin”, tapi itu tamak dan juga salah di sisi undang-undang. Saya harap baucar-baucar anda semua selamat dan saya semoga anda semua enjoy ketika berbelanja barang dapur!

Jangan lupa ikuti kami di saluran telegram kami di t.me/fruitmouthonline

Author

Share