Cikgu dipenjara 9 bulan kerana mengambil dadah

Author

Categories

Array

Share

Babat Ronyok
28/09/20
“gosok sampai kurus”

Seorang warga negara Britain yang mengajar di Singapura lebih dari 30 tahun telah dihukum penjara selama 9 bulan setelah dia mengaku bersalah menyalah gunakan dadah methaphetamine yang juga dikenali sebagai ice.

Bekas guru Institusi Hwa Chong, Encik Christopher David Burge, membuat kesalahan tersebut pada bulan September 2018. Encik Burge menghidapi gangguan jiwa yang disebabkan oleh sebuah kemalangan yang mengambil nyawa ayahnya setelah dia terlelap ketika memandu.

Central Narcotics Bureau (CNB) telah menjumpai dadah di rumah Encik Burge yang terletak di Linden Drive, Eng Neo Avenue pada 20 september 2018.

Pihak berkuasa menjumpai alat untuk menggunakan dadah termasuk perkakas berkaca, straw dan paip bersambung. Mereka juga menjumpai sebanyak 6.12gram bahan sayuran yang mengandungi bahan synthetic cannabunoids.

Encik Burge mengaku mengambil ice di rumahnya pada 13, 16 dan 18 September 2018. Dalam masa siasatan, Encik Burge berkata dia memang gemar mengambil dadah dan akan terus menyalah gunakannyan jika dia tidak ditangkap.

Untuk mendapatkan probation, pihak pembela telah menyerahkan laporan kesihatan Encik Burge pada mahkamah yang menunjukkan bahawa dia pernah menghidapi insomnia dan juga disorder penyesuaian. Namun, Encik Burge didapati sudah tidak lagi menghidapi masalah-masalah tersebut. Peguamnya menambahkan jika permohonan probation Encik Burge tidak dapat diluluskan, mereka meminta dakwaan hukuman yang lebih ringan dikenakan atas “keadaan khas”.

Timbalan Pendakwa Raya Rebecca Wong meminta hukuman penjara 14 bulan kerana mengikut penilaian doktor, Burge tahu apa yang dia lakukan pada masa itu dan tahu bahawa pergunaan dadah itu salah dan perbuatannya juga salah dari segi moral. Pihak pembela mengatakan bahawa sejak dia ditangkap, Burge telah meminta pertolongan profesional dan mendapatkan sokongan dari bekas pelajarnya di Institusi Hwa Chong. Beberapa di antara pelajarnya juga membuktikan wataknya yang baik. Dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Ong Luan Tze mengingatkan Encik Burge, bahawa kesalahan dadah dianggap sangat serius dalam Singapura dan probation hanya akan diberikan dalam situasi yang khas.

Institut Hwa Chong di mana Encik Burge pernah mengajar

Walaupun dia menerima gangguan mental pada waktu itu dan menyatakan mungkin ada kaitan kasual, Hakim tidak yakin untuk mengenakan probation kerana Burge tahu kesalahan itu salah dan masih melakukan itu. Kontrak Burge di Institusi Hwa Chong telah digantung sejak September 2018.

Jangan lupa ikuti kami di saluran telegram di t.me/fruitmouthonline

Author

Share