Belia berumur 18 tahun didakwa penembusan seksual bawa umur

Author

Categories

Array

Share

Babat Ronyok
“gosok tetap gosok”
14/6/2020

Seorang belia berumur 18 tahun telah didakwa di mahkamah pada tarikh 11 Jun atas kesalahan penembusan seksual bawah umur. Mangsa itu hanya berumur 16 tahun ketika kejadian berlaku.

Menurut helaian bercas, kejadian itu berlaku pada tarikh 4 September 2018 sekitar jam 12 tengahari. Kesalahan itu jatuh di bawah Section 376A(1)(a), dan boleh dihukum di bawah Section 376A(2) Kanun Keseksaan.

Tahanan reman selama seminggu telah dikenakan pada belia itu, sejurus permohonan di mahkahmah. Dia dipercayai terlibat dalam kes-kes lain.Belia tersebut dijangkakan untuk kembali ke mahkamah pada tarikh 18 Jun dari tahanan reman di Central Police Division.

Atas arahan dan akta gag order, nama belia dan mangsa tidak boleh didedahkan untuk melindungi identiti mangsa tersebut.

Belia itu ditahan polis pada hari Selasa (9 Jun) setelah beberapa laporan polis dituduh terhadapnya sejak Sabtu (6 Jun) lalu.

Bahkan, ketua sekolah belia itu tahu akan dakwaan terhadapnya yang menular di media sosial. Pihak sekolah tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku seksual.

Gambar dibawa adalah post yang pertama yang ditularkan di media sosial pada 5 Jun 2020.

Ada juga warganet yang meluahkan kemarahan mereka di Twitter.

Menurut pencatatan polis pada hari Khamis(11 Jun), kes itu masih dalam siasatan.

Penulis hairanlah, baru minggu lepas seorang pelajar berumur 19 tahun dari Politeknik Temasek ditangkap. Dia didakwa menghasut keganasan dan menyiarkan komen-komen kebencian di media sosial dengan sengaja untuk melukakan perasaan. Kecohnye.. macam-macam yang berlaku dengan belia sejak kebelakangan ini. Sebab stress sangat tak faham HBL lepastu exam dah dekat eh? gurau jeee don’t give up, mesti boleh punye!! Kalau tak boleh juga, tiktok-lah release tension! tag kami kay!!

Apa-apa pun penulis harap mangsa dapat menuntut keadilan, trauma seperti ini bukan sesuatu yang diinginkan sesiapa. Saya tahu ramai mangsa kejadian seperti ini sering berdiam diri kerana mungkin malu untuk mengaku dengan apa yang terjadi ataupun enggan mengulang-tayangkannya semula. Saya faham, awak takut nak buat laporan tapi jangan risau okay. Ada badan-badan tertentu yang sedia ada untuk mendapatkan bantuan. Laporkan, bukan hanya untuk mendapatkan keadilan tapi untuk mencegah orang lain menjadi mangsa. Kita saling membantu ok! yerlah #kitajagakita gichew

Sesiapa yang memerlukan bantuan boleh melungsuri lelaman, www.aware.org.sg atau hubungi AWARE Sexual Assault Care Centre di talian tersebut:

Drop-in Centre: 5 Dover Cres, #01-22,
                            Singapore (130005)
                            Isnin – Jumaat
                            10 pagi – 7 malam

Talian Bantuan : 6779 0282
                              Isnin – Jumaat
                              10 pagi – 10 malam

Alamat E-mel: sacc@aware.org.sg

Penulis harap sedikit sebanyak ini mampu membantu utuk sesiapa yang memerlukannya.

Akhir kata dari Sis Babat Ronyok…
jangan nakal-nakal, takut nanti kesal.
Kita makan dulu!!

Ayuh ikuti kami, klik pautan di bawah!

Author

Share