Ahli SG Nasi Lemak di Telegram diberi tempoh percubaan

Author

Categories

Array

Share

Jika anda pengguna aktif aplikasi Telegram, pasti anda pernah terdengar nama “SG Nasi Lemak,” bukan? Nama itu sebenarnya nama group chat di Telegram yang pernah menjadi topik hangat pada tahun lepas kerana group chat itu adalah sebuah wadah untuk orang mengongsi gambar dan video lucah.

Pada suatu masa, ia dipercayai terdapat lebih daripada 44,000 orang anggota dan mereka menyebarkan bahan-bahan lucah yang mengandungi gambar-gambar wanita. Pihak awam mula memberi perhatian kepada saluran telegram itu apabila aktiviti wanita di dalam gambar tersebut mendapat tahu bahawa gambar dan video mereka telah di sebarkan ataupun dijual tanpa izin.

Bukan gambar yang disebarkan

Salah seorang daripada empat orang admin group chat itu adalah orang pertama yang diberkas dan dihukum. Justin Lee Han Shi, 20 tahun, dijatuhkan hukuman tempoh percubaan selama setahun kerana memilki 462 filem lucah, serta dua lagi tuduhan yang dipertimbangkan pada 16 Oktober. Lee harus berada di rumah dari pukul 11 malam hingga 6 pagi setiap hari dan melaksanakan kerja-kerja khidmat masyarat selama 40 jam. Ibu bapa Lee meletakkan ikatan berjumlah $5,000 untuk menjamin kebaikan tingkah lakunya.

Terdapat sebuah laporan yang mengatakan Lee disesuaikan percubaan itu dan pendakwa berkata Lee tidak membantah akan hukumannya. Hakim juga mengingatkan Lee bahawa jika dia mengulangi lagi kesalahannya, dia boleh dikenakan hukuman yang lebih berat.

Lee didapati bersalah terhadap satu tuduhan memiliki filem lucah, serta dua lagi tuduhan yang menyatakan Lee memiliki peranti yang mengandungi 556 gambar lucah dan menyebarkan bahan-bahan lucah kepada group chat SG Nasi Lemak di Telegram yang dipertimbangkan.

Pihak polis menerima maklumat tentang kewujudan saluran pengedaran bahan-bahan lucah ini pada bulan Mac tahun lepas. Pihak polis menyerbu rumah Lee pada bulan Oktober lepas dan merampas segala peranti-peranti milik Lee. Lee mengaku memuat turun bahan-bahan lucah dalam talian, dan menyimpannya untuk kegunaan peribadi dan mengedarkan kepada anggota-anggota group chat lain,

Kerana Lee memiliki gambar-gambar dan video-video lucah itu, Lee boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, disaman sehingga $20,000, atau kedua-duanya.

Seperti yang dikatakan awal tadi, Lee adalah orang pertama daripada empat orang admin group chat SG Nasi Lemak untuk dihukum. Leonard Teo Min Xuan, 27 tahun dan Liong Tianwei, 38 tahun, adalah admin-admin lain. Ada seorang lagi yang tertuduh yang berumur 18 tahun yang tidak boleh dinamakan dibawah Akta Kanak-Knak dan Orang Muda sebab dia di bawah umur 18 waktu dia didapati bersalah. Kes-kes untuk yang tertuduh bersama masih dipertimbangkan.

Seorang YouTuber Singapura yang terkenal, Dee Kosh, berjaya untuk menutup “group chat” itu tahun lepas kerana dia mempunyai kepercayaan teguh bahawa ianya salah di sisi undang-undang dan wanita-wanita yang gambar-gambarnya tersebar tanpa izin dan pengetahuan harus mendapat keadilan. (Tetapi, itulah… Sayang… Sekarang Dee Koh pun just hal lah, bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul!)

Kepada semua pengguna aplikasi Telegram dan wadah-wadah komunikasi yang lain, sila berhati-hati dan pantaulah group chats yang ada. Sebab saya tau pasti ada group chat lain di luar sana yang membuat perkara yang sama. Jadi jikalau anda ternampak group-group yang mencurigakan, sila laporkannya dengan segera. Do what is right. Don’t just say what is right your actions must reflect what you stand by ok?

Saya harap admin-admin lain dapat akan hukuman mereka yang setimpal supaya mereka tidak mengulangi kesalahan mereka. Semoga anda semua di luar sana sentiasa selamat dan mematuhi undang-undang negara.

Ps: daripada korang join group telegram yang tidak membawa faedah baik korang join saluran telegram kami di t.me/fruitmouthonline

Author

Share