7 kepercayaan yang anda tidak tahu tentang “Hungry Ghost Festival”

Author

Categories

Array

Share

Tuala Basah
20 Ogos 2020
“Da kering dah”

Untungnya kita hidup di Singapura kerana dapat mengalami pelbagai macam perayaan dari pelbagai bangsa dan juga agama. Hari Natal, Hari Raya, Tahun Baru Cina dan juga bermacam-macam lagi. Sekarang adalah bulan tujuh dalam kalendar Cina yang juga dikenali sebagai “Hungry Ghost Festival”. Mungkin anda sudah perasan ramai warga Cina di Singapura sudah pun mula memberikan “offering” mereka. Makanan disajikan untuk mereka yang sudah pergi. Dibawah kita akan senaraikan 7 perkara yang mungkin tidak semua orang tahu tentang kepercayaan dan juga pantang-larang yang di amalkan pada bulan ini.

  • Jangan membuka payung di dalam rumah.

    Hmmmm macam pernah dengar petua ini. Tetapi sebabnya bukanlah seperti petua lama orang melayu di mana akan menyebabkan ada ular di dalam rumah. Dalam kepercayaan mereka, apabila kita menggunakan payung di luar, roh-roh dan hantu akan menumpang teduh dibawah payung. Dengan membuka payung itu di dalam rumah, ia akan menjemput roh-roh dan hantu ini ke dalam rumah.
  • Jangan letakkan penyepit secara menegak di dalam makanan anda.

    Kerana pengaruh antara kaum di Singapura, bukan sahaja bangsa Cina di Singapura yang makan menggunakan penyepit, namun pada 7 month ini digalakkan supaya tidak meletakkan penyepit secara menegak ke dalam makanan. Ini adalah sebab ia akan menyerupai joss stick. Hungry ghost mungkin akan menganggap makanan itu diberikan kepada mereka dan mereka mungkin akan merasuk orang yang sedang memakan makanan itu.
  • Jangan kencing sebarangan (lebih-lebih lagi jangan kencing di pokok)

    Ini lebih di utamakan pada kaum lelaki lah ya. Bukan sahaja ini satu tabiat yang kotor, ia juga salah disisi undang-undang. (kan malu kalau kene saman kencing sebarangan). Dalam kepercayaan mereka, perbuatan ini harus dijauhkan sama sekali pada bulan ini kerana ia mungkin akan mendatangkan amarah kepada roh-roh yang berlegar-legar di sdaerah itu.

    Sekali lagi, ada persamaan dengan kepercayaan melayu di sini. (cuma penulis takde lah dengar dorang mintak maaf datuk nenek cucu tompang kencing)


Image result for no urinating sign
  • Jangan gunakan pakaian warna merah

    Warna ini dikatakan menarik perhatian roh dan hantu dan harus dijauhkan sama sekali. Lagipun hari kebangsaan kan dabes pakai je lah warna lain.
  • Jangan banyak mengambil gambar/petik gambar offerings

    Mengambil gambar dipercayai dalam memerangkap roh dan hantu. Ini mungkin akan menyebabkan lembaga-lembaga yang tidak dikenali di dalam gambar anda. Ataupun ada terlebih orang dalam gambar yang dipetik. Mengambil gambar offerings juga tidak digalakkan dan juga dianggap satu perbuatan yang biadap. Ia mungkin akan mengakibatkan tetamu yang tidak diundang ikut balik ke rumah.
  • Jangan berenang di waktu malam
    Dipercayai ada hantu yang mati tenggelam yang masih berdendam dan mahu orang lain mengalami nasib sama sepertinya.
  • Jangan berbual tentang mereka
    Perbualan ataupun perbincangan tentang hantu dan roh harus dielakkan sama sekali. Ini mungkin akan menyinggung perasaan mereka. Bercakap besar dan mencabar hantu dan roh-roh ini tidak dibenarkan kerana ini mungkin akan menyebabkan mereka membuat penampilan khas kepada kita. Kepercayaan ini juga selaras dengan kepercayaan orang melayu tetapi ia bukanlah ditetapkan hanya pada satu bulan.

Penulis harap tips-tips ini berguna. Percaya ataupun tidak, kita tetap harus menghormati kepercayaan bangsa/agama orang lain. Juga seperti dapat dilihat di atas, terdapat juga beberapa kepercayaan yang seakan sama seperti kepercayaan/petua orang melayu. Same-same but different orang cakap kan. Ada satu movie yang menunjukkan tentang petua-petua ini. The Eye 10. Boleh tegok sudutan cerita itu di bawah.

Jangan lupa ikuti kami di saluran telegram di t.me/fruitmouthonline

Author

Share