5 perkara yang harus anda tahu tentang “World Suicide Prevention day”

Author

Categories

Array

Share

Tuala Basah
“tak dipandang lagi”
11/09/20

World suicide Prevention Day disambut pada 10 September setiap tahun. Sempena hari ini yang baru sahaja berlalu. Kami di Fruitmouth ingin berkongsi beberapa perkara tentang hari ini dan juga tentang keadaan di Singapura.

I. Ia dianjurkan oleh International Association for Suicide Prevention (IASP). Tujuan ia adalah untuk menigkat kesedaran di serata dunia bahawa kes bunuh diri adalah sesuatu yang boleh dihalang. Bunuh diri adalah satu perkara yang berlaku di seluruh dunia. Antara golongan tertinggi adalah daripada mereka yang berpendapatan rendah dan juga sederhana.

2. Kadar bunuh diri di dunia dan juga Singapura meningkat di dalam pandemik Covid-19. Di Singapura, jumlah kes bunuh diri dan percubaan untuk membunuh diri di kalangan pekerja warga asing kian meningkat. Cara hidup yang berubah dan perasaan terkongkong dalam tempat tinggal yang menjadi antara sebab mengapa jumlah kes-kes ini meningkat. Ramai yang bersuara mengatakan bahawa keadaan mental yang tertekan adalah ancaman yang lebih kuat berbanding daripada virus Covid-19. (Mungkin ada antara korang yang pernah tengok video yang pernah tular di Facebook di mana seorang pekerja asing yang di dormitori cuba untuk terjun daripada tingkap biliknya)

3. Di Singapura, 79 peratus daripada kes bunuh diri datang dari mereka yang berumur 20-29 tahun. Pada tahun lepas terdapat 400 kes bunuh diri, hampir 1-2 pada setiap hari.
Bunuh diri adalah satu pertiga sebab kematian untuk mereka di dalam golongan umur ini.

4. Ada talian khas di mana mereka yang merasakan keinginan untuk membunuh diri boleh dapatkan bantuan. Talian ini disediakan 24 jam sehari. Jumlah panggilan yang diterima meningkat ke 4,124 berbanding 3,396 pada tahun lepas. Antara sebab yang sering menyebabkan seseorang itu mengalami perasaan ingin membunuh diri adalah masalah rumah tangga ataupun hubungan romantik. Masalah menangani kesihatan mental dan juga masalah mengurus situasi yang mendatangkan tekanan yang kronik seperti hutang yang banyak juga menjadi punca.

5. Percubaan untuk membunuh diri bukan satu jenayah di Singapura. Ini adalah sesuatu yang baru sahaja berubah pada 1 Januari 2020. Ini adalah kerana mereka faham bahawa seorang yang mencuba untuk mengakhiri hidupnya adalah seorang yang memerlukan pertolongan. Laporan kes percubaan membunuh diri juga tidak lagi wajib tetapi ia sangat-sangat digalakkan. Namun menolong seseorang untuk membunuh diri adalah satu kesalahan.

Kami di Fruitmouth sangat menyokong kempen ini. Kesihatan mental bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh. Ini antara sebab penulis mengambil serius tentang kata-kata yang digunakan. Kadangkala mungkin ada teman ataupun keluarga terdekat yang akan mengatakan ayat-ayat seperti. “takde maksud ah ni semua. Mati pun bagus.” ataupun “ala kalau aku mati pun bukan ade orang kisah pun” . Mungkin pada mulanya ini hanyalah cakap lepas tetapi ayat-ayat seperti ini sangatlah merbahaya dan harus diambil serius. Sama-sama kita boleh menolong mereka yang memerlukan bantuan.
Menghulurkan atau memerlukan pertolongan bukanlah sesuatu yang salah.

Bagi mereka yang ingin tahu dengan lebih mendalam tentang topik ini, bolehlah klik pautan ini. https://www.sos.org.sg/

Bagi korang yang mungkin ade perasaan nak akhirkan hidop korang dan just nak ade orang untuk luahkan perasaan korang. boleh je telepon nombo dibawah. Kalau rasa macam tanak cakap dan koraqng prefer to type, mereka juga menyediakan perkhidmatan emel ataupun melalui messenger. boleh je pergi lelaman ini.
https://www.sos.org.sg/
1800 221 4444 (24 jam)


Author

Share