5 Filem melayu terbaik di Netflix

Author

Categories

Array

Share

Jong Inai
Pak Ipong dalam tempurung”
03/09/20

Dalam masa ini servis langganan semakin popular. Antara yang paling laku di Singapura adalah seperti Netflix dan Juga Spotify. Servis-servis ini memang baik untuk kita meluangkan masa dan juga membolehkan kita berjimat. Netflix kini kian mengembangkan koleksi filem antarabangsa. tidak ketinggalan juga ada banyak filem-melayu yang boleh kita tonton di aplikasi ini. Di sini penulis akan senaraikan antara filem melayu yang penulis memang gemar. (ada yang penulis da tgk berkali kali pon. )

  1. Paskal
    Filem berunsur politik ini telah berjaya menambat hati penonton. Dengan kutipan sebanyak 22 Juta Rm dalam masa 18 hari. Filem, paskal ini memang penuh dengan aksi-aksi hebat. Jadi pada sesiapa yang minat pada action films ataupun filem tentang askar ini adalah satu filem yang wajib ditonton.

    Pada penulis film ini sangat menarik kerana ia memberi satu kelainan berbanding filem askar yang baisa kita tengok di mana askar daripada Amerika Syarikat yang selalu dipaparkan.

2. Munafik 2
Filem seram kedua shamsul yusuf kini menceritakan kisah tentang Ustaz Adam yang mencuba untuk menyelamatkan Sakinah seorang penduduk kampung yang sekarang dikuasai oleh Abu Jar, Ketua kumpulan ajaran sesat di sana. Filem kedua ini memang pon dinanti-nantikan setelah kejayaan filem pertama.

Pada penulis, ini antra cerita seram melayu yang terbaik. Memang favourite ah. Antara sebab ia adalah satu cerita seram yang mengharapkan adegan terperanjat (jump scare) untuk membuat cerita itu seram. Babak favourite penulis adalah apabila Ustaz Adam berdialogue dengan Jin. Memang real dan penuh pengajaran.

3. KL Gangster and KL Gangster 2

Satu lagi filem yang memang cukup popular. Filem gangster yang penuh dengan aksi dan dialog-dialog yang unik. Ia menceritakan kisah Malik seorang bekas gangster yang baru sahaja dilepaskan daripada penjara. Malik ingin melupakan sejarah silamnya dan memulakan hidup yang baru. Tetapi musuh dan ahli bekas kumpulan gangsternya cuba menariknya kembali ke dunia itu.

Pada penulis koreografi perlawanan dan dialog dalam filem ini memang menjadi tarikan utama. Penulis ingat satu masa dulu di mana penulis dan kawan-kawan hafal dialog dari filem ini menggunakannya dalam perbualan harian weiiii shark hahahahaha

4. Desolasi

Sebuah filem tentang Aiman diduga dengan bermacam masalah. Cerita bermula apabila dia ada pergaduhan besar dengan bapanya dan mengatakan bahawa dia inginkan dunia di mana semua masalahnya sudah tiada lagi. Satu kejadian berlaku selepas itu yang mengakibatkan Aiman terperangkap dalam satu dimensi yang lain. Dimana dia berseorangan di dalam dunia itu. Pada mulanya dia bermaharajalela dan membuat sesuka hati namun dia selalu nampak kelibat seorang yang sentiasa mengikutnya.

Penulis memang suka dengan jalan cerita misteri yang unik dan juga warna-warna yang digunakan dalam filem ini. Filem ini juga memaparkan isu-isu masalah keluarga dan juga kesihatan mental. penulis memang kagum degan cara satu buah filem yang dapat mengatasi semua isu yang amat berat ini.

5. Nur (Drama Bersiri)

Drama ini menceritakan kisah Ustaz Adam (bukan Ustaz Adam filem munafik ya) yang datang daripada keluarga berada. Nur pula anak seorang pelacur yang juga dipaksa untuk membuat pekerjaan yang sama. Dia cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada membuat pekerjaan itu dan selalu pergi ke mesjid untuk menanyakan soalan-soalan tentang agama. Terlakhir bibit bibit cinta di hati ustaz adam apabila terserempak bersama Nur di mesjid. Dan bermula kisah cinta terlarang mereka.

Cerita ni memang bagi penulis mixed feelings. Memang a true emotional roller coaster. Banyak adegan yang membuat penulis sakit hati dengan pelakon dalam cerita itu. Tapi itu juga menunjukkan betapa hebatnya lakonan pelakon-pelakon dalam cerite ni.

Ada banyak lagi cerita yang hebat hebat di Netflix. tapi satu saranan penulis. Kalau nak search tu kene search Malaysia. Sebab kalau search malay, nanti klua cerita Malayalam.

Author

Share