4 sebab perniagaan anda harus menaja sebuah acara

Author

Categories

Array

Share

Tuala Basah
08/11/20

Sejak dunia ini dilanda Covid-19 banyak acara-acara terpaksa dibatalkan. Namun kini banyak acara yang telah dialihkan ke saluran digital. Bermacam-macam acara yang kini berada di wadah digital. Acara seni, teater, lelong, temuramah dan juga rancangan talkshow. Ada banyak peluang untuk menaja rancangan atau acara ini. Mungkin anda
tertanya-tanya. “kenapa harus saya menaja rancangan/acara ini? macam buang duit je?”
di bawah akan saya terangkan 4 sebab bagaimana menaja dapat menolong perniagaan anda.

1 Targeted marketing (Pemasaran bersasar)

Setiap perniagaan mempunyai kumpulan orang yang disasarkan. Jika anda memberi kelas tambahan mungkin anda mencari golongan ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang memerlukan kelas tambahan itu. Jika anda menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan sihat, anda mungkin mencari golongan dewasa yang bertugas yang mementingkan makanan sihat dalam hidup seharian mereka. Mencari golongan niché ni boleh tercapai dengan targeted marketing. Anda boleh mencari rancangan ataupun acara yang akan menarik perhatian golongan yang anda perlukan.

2 Pendapat Masyarakat

Menaja adalah antara cara terbaik untuk mengetahui pendapat masyarakat tentang branding syarikat anda dengan cara terperinci. Anda akan dapat tahu bagaimana sambutan masyarakat terhadap jenama anda dan juga pendapat mereka. Ini amat berharga bagi mana-mana syarikat yang ingin memperbaiki ataupun mengembangkan lagi syarikat mereka. Syarikat, besar ataupun kecil boleh menggunakan maklumat ini untuk membuat pilihan yang lebih tepat dalam mengatur langkah seturusnya didalam insustri mereka.

3 Brand Visibility

Brand visibility adalah sesuatu yang sangat penting bagi setiap syarikat yang berhasrat untuk mengembangkan lagi syarikat mereka. Ia adalah impian setiap syarikat untuk menjadi sebuah household name, satu jenama yang sering disebut. Ini tidak mungkin akan berlaku jika brand visibility sebuah jenama itu kurang. Menaja akan dapat orang ramai melihat/mendengar jenama anda dan akan membantu membuat ia menjadi sesuatu yang tidak asing lagi.

4 Persepsi Pengguna

Zaman ini, pelanggan rambang mata dengan pelbagai pilihan yang disediakan. Ramai orang yang sudah memulakan perniagaan kecil mereka sendiri. Lebih-lebih lagi di zaman pandemik ini, perniagaan kecil ini tumbuh seperti cendawan. Namun apa yang menjadi salah satu sebab yang membuat mereka sukar untuk menembusi pasaran dan menjadi pilihan utama adalah persepsi pengguna. Sama ada kita mahu terima ataupun tidak, pengguna ataupun pelanggan akan lebih senang ingin menggunakan atau membeli daripada sebuah syarikat jika mereka ada persepsi bahawa ia adalah satu jenama yang baik.

Pengguna dapat membentuk persepsi positif apabila perniagaan anda terikat dengan acara berprofil tinggi. Pelanggan akan menganggap perniagaan anda boleh dipercayai dan bereputasi baik jika anda dapat menaja organisasi lain. Pengguna lebih cenderung membeli produk setelah terdedah kepada pengalaman pemasaran acara berjenama. Gunakan pengaruh yang anda peroleh sebagai penaja untuk mengembangkan reputasi  di komuniti anda.

Kalau nak diikutkan memang banyak lagi yang boleh dikatakan tentang topik ini. Tetapi cukup lah dengan 4 sebab di atas ini. Kami di sini harap informasi ini akan memberi manfaat kepada semua diluar sana. Sekian saja dari kami untuk masa ini.
Jangan lupa ikuti kami di saluran telegram kami di t.me/fruitmouthonline

Author

Share